Koleksi gambar lelaki bergambar seperti perempuan
Macam mintak penampar! Itu sahaja yang dapat kami ungkapkan apabila
tengok gambar lelaki jadi perempuan ni. Selalunya kita dapat melihat
aksi-aksi panas dalam gambar ini dilakukan oleh perempuan. Ini adalah
aksi lelaki yang amat lawak dari segala aspek. Pandangan anda? haha
Gambar lelaki kepenatan setelah berkerja
Kecomelan lelaki yang harus dipendam
Lelaki jatuh basikal dan terkoyaknya seluar dalam
Comel mengalahkan kecomelan doraemon
Gambar sangat mengiurkan
Tiba-tiba hidung berdarah weh
Mengalahkan keseksian perempuan
Gedik gila
Rasa nak cubit pipi dia
Gambar lelaki kepenatan setelah berkerja
Kecomelan lelaki yang harus dipendam
Lelaki jatuh basikal dan terkoyaknya seluar dalam
Comel mengalahkan kecomelan doraemon
Gambar sangat mengiurkan
Tiba-tiba hidung berdarah weh
Mengalahkan keseksian perempuan
Gedik gila
Rasa nak cubit pipi dia
Posted at Jumaat, November 16, 2012 | 0 comments
KALAULAH TIDAK ADA SERANGGA
Setiap 20 saat, seorang kanak-kanak di
Sub-Sahara, Afrika mati kerana malaria. Boleh dikatakan 3 000 kanak-kanak mati
setiap hari dan lebih satu juta mati pada setiap tahun kerana penyakit itu.
Kebanyakkan kanak-kanak ini berumur 5 tahun ke bawah, miskin dan hidup melarat
sehingga tidak mampu untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana itu, hari Ahad
diumumkan sebagai hari malaria di sana.
Malaria adalah penyakit yang berpunca daripada
nyamuk tirup. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dibendung dari awal.
Nyamuk tirup membiak di tempat-tempat takungan air manakala gejala-gejala yang
menunjukkan serangan malaria ialah seperti selsema, deman panas, sakit otot dan
juga sendi. Penyakit ini juga boleh berjangkit melalui pemindahan darah dan
juga ibu yang hamil kepada bayi di dalam kandungan.
Selain demam malaria, nyamuk turut menyebarkan
satu lagi penyakit berbahaya iaitu denggi. Denggi juga boleh membawa maut.
Nyamuk diciptakan tuhan dengan sistem enam
‘pisaunya’ yang ‘mengergaji’ kulit manusia sambil mengeluarkan cairan pada luka
yang berfungsi seperti bius sehingga mangsa tidak sedar darahnya sedang
dihisap. Cairan itu mencegah pembekuan darah sehingga proses penghisapan darah
pada mangsanya dilanjutkan.
Belalainya yang panjang itu juga mampu menembusi
kulit yang tebal dan menerobos sehigga ke dalam. Disamping menghisap darah,
pada masa yang sama nyamuk menyemburkan kuman serta virus penyakit.
Nyamuk binatang yang sangat rakus. Ia boleh
menghisap darah kita sehingga ia sendiri tidak mampu terbang dan akhirnya mati
begitu sahaja.
Lalat satu lagi serangga yang dianggap perosak
dan pembawa penyakit. Secara umum, ia berwarna hitam. Haiwan ini suka hinggap
di tempat –tempat yang busuk lalu menyebarkan pelbagai jenis kuman kepada kita,
terutamanya pada makanan terdedah. Kadang-kadang lalat ini akan bertelur pada
makanan tadi.
Selain nyamuk dan lalat, semut, lebah dan
anai-anai turut tersenarai sebagai serangga perosak. Terdapat lebih 8 000 jenis
semut di bumi ini dan dianggap perosak kerana apabila minuman atau makanan kita
dimasuki semut, sudah pasti makanan danminuman itu akan rosak. Selain itu,
semut juga membahayakan manusia apabila ia menggigit kita atau masuk kedalam
telinga!
Lebah pula sering membuat sarang di sudut-sudut
rumah ini membahayakan kita sekeluarga kerana lebah mempuyai segat yang
menyakitkan. Bisa sengatannya boleh membawa maut. Tedapat kira-kira 10 000
jenis lebah di dunia ini.
Anai-anai merosakkan dinding rumah dan bangunan.
Lama-kelamaan dinding rumah atau bangunan akan menjadi reput dan roboh.
Seterusnya, lipas. Terdapat 3 500 jenis lipas di
dunia ini, terbahagi kepada beberapa kumpulan tetapi yang paling biasa dilihat
ialah lipas rumah dan lipas tanah. Lipas dikategorikan sebagai serangga perosak
kerana selalu merosakkan makanan, bekas-bekas plastik, pakaian dan pelbagai
lagi barangan berharga kita.
Terdapat kira-kira 350 000 spesies kumbang di
dunia ini. Antaranya ialah ladybirds, kumbang bunga dan kumbang air.
Kumbang-kumbang ini merosakkan kertas, makanan, bunga, daun dan juga
tanam-tanaman kita.
Alangkah kejamnya serangga. Walaupun kecil, tapi
ia menyusahkan kita.
Manusia membenci serangga-serangga ini, maka ia
perlu dihapuskan. Oleh yang demikian, ahli-ahli entomologi mencipta pelbagai
alat kawalan perosak dan racun untuk menghapuskan serangga-serangga ini. Lalu
matilah serangga-serangga ini dan kita
berasa selamat.
Persoalannya, benarkah serangga perosak tadi
kejam dan perlu di bunuh??
Manusia sebenarnya tidak menyedari serangga juga
adalah sebahagian daripada hidup kita. Tuhan menciptakan serangga untuk membawa
faedah kepada kita dan alam sekitar. contohnya, lebah dan rama-rama.
Tanpa lebah dan rama-rama (berasal dari ulat
yang dibenci), proses pendebungaan tidak dapat dijalankan. Pendebungaan adalah
satu proses dimana serangga-serangga ini berfungsi sebagai ajen yang
menyebarkan benih bunga.
Tanpa serangga tersebut, kita tidak akan dapat
menikmati pelbagai jenis bunga, bentuk, warna dan bau. Tanpa bunga di
sekeliling kita, sudah pasti hidup kita tidak akan berseri dan berwarn-warni.
Benar, segatan lebah boleh membunuh. Tapi berapa
ramai yang mati disengat lebah?
Bandingkan pula dengan manfaat yang dikurniakan
madu-madunya.
Madu lebah sangat berguna untuk proses
penyembuhan pelbagai jenis penyakit kerana di dalamnya terkandung vitamin yang
cukup tinggi dan juga unsur glukosa serta perfentous .
Masyarakat Red Indian Jivaro di Ecuador
menggunakan sayap kumbang tertentu untuk dijadikan anting-anting. Di beberapa
bahagian dunia seperti Amerika Syarikat, India, Kampuchea dan China, serangga
dijadikan makanan kerana mengandungi protein yang tinggi.
Serangga juga penting sebagai sebahagian
daripada rantai makanan. Ulat, kumbang, pepatung serta serangga lain menjadi
makanan kepada burung, reptilia dan juga binatang-binatang lain.
Serangga juga pentig sebagai ajen kitar semula.
Ia meleraikan najis binatang, tumbuhan mati dan bangkai sehingga menjadi sebati
dengan tanah. Semua ini menjadi nutrient kepada tanah dan akan menyuburkan
tanah berkenaan.
Tanpa serangga, alam ini menjadi seindah yang
kita lihat sekarang.
Nyamuk dan lalat? Ia sekurang-kurangnya mengajar
kita sentiasa menjaga kebersihan.
saja nak kongsi artikel nie lepas baca dalam 1 majalah nie...memang menarik dan mungkin ramai yang tak sangka dan tak tahu kenapa perlu ada serangga dalam dunia nie...sama2 kita dapat sedikit pengetahuan...happy reading k... =)
Posted at Sabtu, Oktober 13, 2012 | 0 comments