F * i * E * z * A * H__C * o * N * a * N
FIEZAH CONAN OFFICIAL BLOG
Welcome. It's Fiezah Conan Official blog. So ? tugas anda adalah klik butang FOLLOW tu k =),; Dashboard | +Follow
KALAULAH TIDAK ADA SERANGGA
Setiap 20 saat, seorang kanak-kanak di Sub-Sahara, Afrika mati kerana malaria. Boleh dikatakan 3 000 kanak-kanak mati setiap hari dan lebih satu juta mati pada setiap tahun kerana penyakit itu. Kebanyakkan kanak-kanak ini berumur 5 tahun ke bawah, miskin dan hidup melarat sehingga tidak mampu untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana itu, hari Ahad diumumkan sebagai hari malaria di sana.




Malaria adalah penyakit yang berpunca daripada nyamuk tirup. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dibendung dari awal. Nyamuk tirup membiak di tempat-tempat takungan air manakala gejala-gejala yang menunjukkan serangan malaria ialah seperti selsema, deman panas, sakit otot dan juga sendi. Penyakit ini juga boleh berjangkit melalui pemindahan darah dan juga ibu yang hamil kepada bayi di dalam kandungan.




Selain demam malaria, nyamuk turut menyebarkan satu lagi penyakit berbahaya iaitu denggi. Denggi juga boleh membawa maut.
Nyamuk diciptakan tuhan dengan sistem enam ‘pisaunya’ yang ‘mengergaji’ kulit manusia sambil mengeluarkan cairan pada luka yang berfungsi seperti bius sehingga mangsa tidak sedar darahnya sedang dihisap. Cairan itu mencegah pembekuan darah sehingga proses penghisapan darah pada mangsanya dilanjutkan.

Belalainya yang panjang itu juga mampu menembusi kulit yang tebal dan menerobos sehigga ke dalam. Disamping menghisap darah, pada masa yang sama nyamuk menyemburkan kuman serta virus penyakit.
Nyamuk binatang yang sangat rakus. Ia boleh menghisap darah kita sehingga ia sendiri tidak mampu terbang dan akhirnya mati begitu sahaja.


Lalat satu lagi serangga yang dianggap perosak dan pembawa penyakit. Secara umum, ia berwarna hitam. Haiwan ini suka hinggap di tempat –tempat yang busuk lalu menyebarkan pelbagai jenis kuman kepada kita, terutamanya pada makanan terdedah. Kadang-kadang lalat ini akan bertelur pada makanan tadi.




Selain nyamuk dan lalat, semut, lebah dan anai-anai turut tersenarai sebagai serangga perosak. Terdapat lebih 8 000 jenis semut di bumi ini dan dianggap perosak kerana apabila minuman atau makanan kita dimasuki semut, sudah pasti makanan danminuman itu akan rosak. Selain itu, semut juga membahayakan manusia apabila ia menggigit kita atau masuk kedalam telinga!




Lebah pula sering membuat sarang di sudut-sudut rumah ini membahayakan kita sekeluarga kerana lebah mempuyai segat yang menyakitkan. Bisa sengatannya boleh membawa maut. Tedapat kira-kira 10 000 jenis lebah di dunia ini. 




Anai-anai merosakkan dinding rumah dan bangunan. Lama-kelamaan dinding rumah atau bangunan akan menjadi reput dan roboh.
Seterusnya, lipas. Terdapat 3 500 jenis lipas di dunia ini, terbahagi kepada beberapa kumpulan tetapi yang paling biasa dilihat ialah lipas rumah dan lipas tanah. Lipas dikategorikan sebagai serangga perosak kerana selalu merosakkan makanan, bekas-bekas plastik, pakaian dan pelbagai lagi barangan berharga kita.


Terdapat kira-kira 350 000 spesies kumbang di dunia ini. Antaranya ialah ladybirds, kumbang bunga dan kumbang air. Kumbang-kumbang ini merosakkan kertas, makanan, bunga, daun dan juga tanam-tanaman kita.

Alangkah kejamnya serangga. Walaupun kecil, tapi ia menyusahkan kita.

Manusia membenci serangga-serangga ini, maka ia perlu dihapuskan. Oleh yang demikian, ahli-ahli entomologi mencipta pelbagai alat kawalan perosak dan racun untuk menghapuskan serangga-serangga ini. Lalu matilah  serangga-serangga ini dan kita berasa selamat.


Persoalannya, benarkah serangga perosak tadi kejam dan perlu di bunuh??


Manusia sebenarnya tidak menyedari serangga juga adalah sebahagian daripada hidup kita. Tuhan menciptakan serangga untuk membawa faedah kepada kita dan alam sekitar. contohnya, lebah dan rama-rama.

Tanpa lebah dan rama-rama (berasal dari ulat yang dibenci), proses pendebungaan tidak dapat dijalankan. Pendebungaan adalah satu proses dimana serangga-serangga ini berfungsi sebagai ajen yang menyebarkan benih bunga.






 
Tanpa serangga tersebut, kita tidak akan dapat menikmati pelbagai jenis bunga, bentuk, warna dan bau. Tanpa bunga di sekeliling kita, sudah pasti hidup kita tidak akan berseri dan berwarn-warni.






 
Benar, segatan lebah boleh membunuh. Tapi berapa ramai yang mati disengat lebah?

 Bandingkan pula dengan manfaat yang dikurniakan madu-madunya.
 
Madu lebah sangat berguna untuk proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit kerana di dalamnya terkandung vitamin yang cukup tinggi dan juga unsur glukosa serta perfentous .

Masyarakat Red Indian Jivaro di Ecuador menggunakan sayap kumbang tertentu untuk dijadikan anting-anting. Di beberapa bahagian dunia seperti Amerika Syarikat, India, Kampuchea dan China, serangga dijadikan makanan kerana mengandungi protein yang tinggi.

Serangga juga penting sebagai sebahagian daripada rantai makanan. Ulat, kumbang, pepatung serta serangga lain menjadi makanan kepada burung, reptilia dan juga binatang-binatang lain.
Serangga juga pentig sebagai ajen kitar semula. Ia meleraikan najis binatang, tumbuhan mati dan bangkai sehingga menjadi sebati dengan tanah. Semua ini menjadi nutrient kepada tanah dan akan menyuburkan tanah berkenaan.

Tanpa serangga, alam ini menjadi seindah yang kita lihat sekarang.
Nyamuk dan lalat? Ia sekurang-kurangnya mengajar kita sentiasa menjaga kebersihan.

saja nak kongsi artikel nie lepas baca dalam 1 majalah nie...memang menarik dan mungkin ramai yang tak sangka dan tak tahu kenapa perlu ada serangga dalam dunia nie...sama2 kita dapat sedikit pengetahuan...happy reading k... =)



Posted at Sabtu, Oktober 13, 2012 | 0 comments

|
say hai
Facebook | Twitter
Hai..assalamualaikum..selamat datang ke blog saya yang x seberapa nie..hmm harap awak follow k..nie semua crita suka2 jer,just nak mengisi masa lapang..hehehe.

Scream here
; width 200

Navigation

About Links Entries


- END -